
10~14 September 2023

Aku camping berdua je. So sebelum booking, aku tanya dulu dekat onwer, campsite ada orang jaga tak time malam? Onwer cakap, dont worry ada orang jaga. Yep, memang ada orang jaga. So, takdala takut sangat. Lagipun situ ramai gak pekerja stay/keluar masuk untuk kerja-kerja pembinaan & kebun dekat-dekat situ.
KEMUDAHAN
Dari segi kemudahan, lengkap. Semua ada kecuali surau je takda






So, senangla kan sebab semua ada. Cuma aku kureng sikit dengan toilet dia. Paip dalam toilet, dia guna jenis kepala paip yang pressure air dia tu kuat gila. Payah nak control
Then satu lagi, paip tertutup untuk ladies nak wudhu takda. So, yang ni jela payah sikit. Yang lain, semua okay 


HARGA TAPAK
Harga tapak 1 malam:
Tapak 1, 2, 3, & 4 (RM65/malam)
*View sungai
Tapak 5, 6, 7, 8, 9, 11~16 (RM55/malam)
Tapak 10 (RM110/malam)
* Saiz tapak besar gila tu sebab mahal
Malam kedua & seterusnya:
RM20/malam (untuk semua tapak)
PLUGPOINT
Plugpoint +RM10. Kalau stay lama, contohnya 7hari ke, kena bayar plugpoint RM20
Untuk plugpoint, korang kena bawak extension yang panjang. Paling kurang pun 15~20meter. Sebab plugpoint akan ditarik dari center campsite yang ada toilet semua tu tadi.
![]() |
TELCO
Aku pakai Celcom, setakat ni Celcom takda masalah sangat. Cuma kalau turun ke sungai, line kureng arr. Disekitar campsite, okay
Untuk U-Mobile tak okay, sebab member aku pakai UMobile agak berkicap. Lain-lain telco tak sure 


JALAN MASUK CAMPSITE
Jalan nak masuk campsite okay je, semua kereta boleh masuk. Cuma dekat pintu masuk campsite, macam berbukit dan berbatu sikit. So kereta yang lowered, pandai-pandailah adjust 

SUNGAI
Nak view sungai, korang kena booking tapak no 1, 2 & 3. Tapi tapak dia bukan betul-betul tepi sungai tau, tapak campsite tinggi. So, hati-hati jela dekat tepi tu tinggi sikit nak ke sungai.
Sungai memang bersih dan jernih. Ikan pun banyak. Kitorang siap bagi ikan makan dengan roti lagi 
Vi View takyah cakap, memang lawa gila 




